Tujuan asal Takaful adalah untuk membentuk saluran yang membolehkan individu
untuk saling bantu-membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat
dalam mengurangkan beban kewangan.
Oleh kerana kefahaman umat islam yang masih belum jelas dan banyak
dipengaruhi oleh faktor insuran dari kebanyakkan syarikat &
institusi perbankan konvensional, masih ramai rakan & saudara kita
tidak mempunyai apa-apa perlindungan takaful.
Anda berhak untuk memilih pelan perlindungan yang terbaik untuk keluarga anda,
Pastikan anda memilih pelan takaful yang terbaik:
i. Mengikut Syariat Islam
Mestilah ianya pelan Takaful - Takaful adalah satu pelan perlindungan yang bebas riba, judi dan gharar serta berdasarkan prinsip tabaruat (salin jamin menjamin & bantu membantu sesama peserta)
ii. Mengikut keperluan
Pastikan perlindungan yang mampu untuk keperluan seperti dibawah:
1. Membayar hutang
Jika berlaku musibah - pastikan perlindungan ASAS dan Manfaat Bertempoh
kematian & Keilatan Kekal) mampu untuk menyelesaikan segala/sebahagian
hutang yang sedia ada. "Hutang" disini termasuklah segala bentuk hutang
seperti pinjaman peribadi, rumah, kenderaan, zakat, haji dan sebagainya.
Dengan selesainya hutang, insyaAllah kehidupan peserta di Alam kubur akan selesa.
Orang yang meninggalkan 'hutang" tanpa ada usaha untuk membayarnya, lalu beliau
meninggal dunia, kehidupan di Alam Barzah adalah teramat azab.
2. Keluarga dapat meneruskan kehidupan seperti biasa (Perlindungan Pendapatan)
Selepas dikira semua hutang yang ada, kiralah pula tempoh pendapatan yang perlu ada
jika musibah menimpa kepada peserta
Contohnya jika pendapatan bulanan adalah RM4,000 maka buat persedian bagi tempoh inimum
36 bulan = RM48,000 x 36 bulan = RM172,000
Jika peserta ditimpa musibah, insyaAllah tempoh 3 tahun yang akan datang dapat
membolehkan kaum keluarga mempunyai nilai tunai yang cukup
untuk membuat 'Pensesuaian Kehidupan"
3. Perlindungan bagi Perubatan
Kemudian tambahlah perlindungan bagi Bil Perubatan , ini termasuklah Kos Bil
Perubatan di hospital, Manfaat Penyakit Kritikal dan Elaun di hospital.
4. Perlindungan bagi Pendidikan anak-anak
Pelan ini mampu menanggung bayaran yuran anak untuk tujuan kos belajar di pusat-pusat pengajian tinggi.
Kelebihannya jika berlaku musibah kepada pembayar, bayaran bulanan akan terus ditanggung oleh takaful dan anak masih mendapat perlindungan kewangan sehingga tamat pemelajaran
5. Tabungan Persaraan, Simpanan & Pelaburan
Pelan ini menyediakan tabungan bagi simpanan peserta. Tabungan ini boleh digunakan bagi tujuan persaraan dan simpanan peserta.
Peserta berpeluang untuk mendapat lebih keuntungan berbanding pelaburan secara konvensional.
iii. Perlindungan adalah sehingga hari tua (Sehingga meninggal dunia)
Tempoh perlindungan jika boleh biarlah sehingga ke hari tua iaitu sehingga akhir hayat
(sehingga umur 99 tahun). Adalah tidak wajar untuk mengambil perlindungan untuk
tempoh jangka pendek, ini kerana jika pelan tamat kelak, untuk mengambil pelan yang baru
mungkin pada ketika itu kadar sumbangan adalah tinggi dan mungkin juga peserta sudah
mempunyai penyakit yang tidak membenarkan beliau menyertai pelan takaful
iv. Sumbangan adalah Mengikut Kemampuan
Setelah diketahui jumlah perlindungan serta tempoh perlindungan yang diperlukan,maka
dapatkanlah sumbangan yang diperlukan. Sumbangan boleh dilakukan dalam salah satu
mod iaitu, tahunan, setengah tahun, suku tahunan atau bulanan. Jika mampu ambillah dalam
mod Tahunan. Ini kerana masalah pelan 'Lapse' insyaAlah dapat dihindari
Kemampuan ini adalah lebih penting daripada jumlah keperluan perlindungan.
Adalah tidak berguna jika peserta tidak mampu untuk membuat sumbangan dengan perlindungan yang diperlukan.
Pada kadar biasa, jumlah sumbangan yang tidak membebankan peserta adalah disekitar 5 % ke 10 % pendapatan peserta
Untuk Penerangan Percuma, Hubungi @ sms
019-4124998 (En.Roslan)
012-4970881 (En. Rusli)
013-4910678 (En.Zarizi)
016-4601300 (En.Amran)
017-4382060 (En.Anas)
019-4275753 (En.Muzamil)
013-8513993 (En.Anuar)
www.takaful-online.com.my
email: takaful@smart2u.com
Takaful Malaysia (Northern Team)